Golongan Sasaran Skuad Pengguna
Keahlian SKUAD
PENGGUNA adalah terbuka kepada semua bangsa dan profesion yang berminat
untuk berkhidmat secara sukarela dan komited untuk membantu memantau
harga barangan dan perkhidmatan. Had umur menjadi ahli adalah pada umur
18 tahun ke atas.
Terdiri dari ahli NGO
Kepenggunaan, NGO Bukan Kepenggunaan, penjawat awam, pelajar universiti
dan orang awam yang berminat menjadi ahli SKUAD PENGGUNA.
Faedah / Keistimewaan Menyertai SP
- Dapat membantu ahli masyarakat dalam meningkatkan perlindungan pengguna bagi kesejahteraan masyarakat.
- Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengguna mengenai trend harga barangan dan perkhidmatan di pasaran.
- Berkhidmat kepada masyarakat pengguna dengan memberi informasi dan maklumat melalui aktiviti pemantauan.
- Maklumat yang diberikan dapat membantu KPDNKK mengambil tindakan dengan cepat.
- Diberi peluang untuk menyertai seminar dan bengkel yang dianjurkan oleh KPDNKK.
- Mengikuti kursus training for trainers untuk melatih ahli SKUAD PENGGUNA yang lain.
- Menikmati keistimewaan melalui Kad
SKUAD PENGGUNA di mana ahli SKUAD PENGGUNA akan menikmati kemudahan
potongan harga dan diskaun yang ditawarkan oleh premis perniagaan yang
mengambil bahagian.
Nota : Bayaran RM2.00 akan dikenakan bagi menikmati kemudahan ini.
- Mengikuti program / aktiviti kepenggunaan yang dikelolakan oleh pihak swasta dengan kerjasama KPDNKK.
- Ahli SKUAD PENGGUNA yang terbaik yang banyak membantu serta memberi sumbangan kepada KPDNKK akan diberi anugerah sebagai pengiktirafan dari pihak KPDNKK. Anugerah akan diberikan samada di peringkat kebangsaan dan negeri.
Terma dan Syarat Keahlian SP
- SKUAD PENGGUNA adalah merupakan satu keahlian sukarela dan diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membantu Kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan perkhidmatan, menjadi pemangkin kehidupan lestari, menjadi jurucakap kepada program-program kepenggunaan Kementerian dan menyampaikan maklumat kepenggunaan kepada masyarakat umum.
- Keahlian SKUAD PENGGUNA adalah terbuka kepada rakyat Malaysia dengan had umur untuk menjadi ahli adalah pada umur 18 tahun ke atas.
- Seseorang yang menjadi ahli SKUAD PENGGUNA TIDAK mempunyai kuasa bagi menguatkuasakan undang-undang KPDNKK.
- KPDNKK tidak akan menyediakan ganjaran atau balasan berbentuk wang tunai atau bayaran kepada ahli-ahli SKUAD PENGGUNA yang menyertai program / aktiviti / tugas yang dianjurkan melainkan kebenaran awal secara bertulis telah dikemukakan oleh KPDNKK / pihak penganjur kepada ahli-ahli SKUAD PENGGUNA.
- Penyalahgunaan nama SKUAD PENGGUNA untuk kepentingan peribadi / persatuan tidak dibenarkan sama sekali.
- KPDNKK berhak menamatkan keahlian SKUAD PENGGUNA pada bila-bila masa tanpa perlu memberi apa-apa sebab.