Keahlian GPS
Keahlian GPS adalah terbuka kepada semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang berminat tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang bidang pengajian yang diceburi.
Faedah Sebagai Ahli:-
1. Memperolehi pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan isu-isu kepenggunaan semasa yang memberi manfaat yang besar kepada diri, rakan, ahli keluarga dan masyarakat.
2. Berpeluang menyertai dan mengendalikan pelbagai program/aktiviti kepenggunaan yang menarik seperti lawatan sambil belajar, kembara pengguna, explorace pengguna, cabaran interaktif pengguna, latihan jurulatih kepenggunaan, seminar, forum, dialog dan banyak lagi.
3. Memberi sumbangan kepada masyarakat melalui perkongsian maklumat dan penglibatan dalam program/aktiviti kepenggunaan yang memberi impak kepada masyarakat.
Misi:-
Memacu negara ke arah mewujudkan masyarakat pengguna yang sedar akan hak mereka sebagai pengguna serta masyarakat pengguna yang perkasa.
Diasaskan oleh:-
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment