Bidang Tugas Skuad Pengguna
- Melapor trend harga, bekalan barangan dan perkhidmatan serta isu-isu kepenggunaan semasa melibatkan kepentingan pengguna.
- Menyebarkan maklumat kepada para pengguna mengenai isu-isu kepenggunaan, seperti pengedaran poster, risalah, brosur dan sebagainya.
- Mengendalikan program dan aktiviti kepenggunaan di kawasan komuniti setempat.
- Menjadi pemangkin untuk gaya hidup lestari dan pencinta alam sekitar.
hak- hak pengguna
Pengguna yang bertanggungjawab adalah pengguna yang menyedari hak-haknya sebagai pengguna dan bertindak dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab. Lapan hak pengguna yang perlu diketahui dan difahami ialah:
1. hak untuk mendapat keperluan asas
2. hak untuk mendapatkan keselamatan
3. hak untuk mendapatkan maklumat
4. hak untuk membuat pilihan
5. hak untuk bersuara
6. hak untuk mendapatkan ganti rugi
7. hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
8. hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat

No comments:
Post a Comment