Latar Belakang GPS
Gerakan Pengguna Siswa (GPS) yang dahulunya dikenali sebagai Kelab Pengguna Institusi Pengajian Tinggi merupakan suatu entiti kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh pelajar-pelajar IPT yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama dalam hal-hal kepenggunaan.
GPS ditubuhkan bersesuaian dengan misi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) iaitu memacu negara ke arah mewujudkan masyarakat pengguna yang sedar akan hak mereka sebagai pengguna serta masyarakat pengguna yang perkasa.
Objektif GPS
GPS mempunyai tiga objektif utama
Membentuk kumpulan pengguna generasi baru yang bijak, rasional dan bertanggungjawab supaya mahir dalam membuat keputusan pembelian barangan dan perkhidmatan dengan mengambil kira faktor-faktor seperti harga, kualiti, keselamatan, penggunaan sumber, pertimbangan ekologi dan keadaan ekonomi semasa.
Mewujudkan gerakan kepenggunaan yang berinformasi, rasional, peka dan mempunyai semangat sukarelawan bagi membantu melindungi pengguna daripada segala bentuk penyelewengan.
Membangunkan rangkaian kerjasama yang besar, bersatu padu, komited dan proaktif dalam melaksanakan pelbagai program dan aktiviti kepenggunaan yang menyumbang kepada peningkatan kesedaran serta pengetahuan kepenggunaan di kalangan pelajar dan masyarakat.
No comments:
Post a Comment